Video muzik Lalisa yang diambil sempena nama sebenarnya, Lalisa Manoban berjaya mencatat rekod apabila meraih 10 juta tontonan dalam masa dua jam.
Ia kemudian memecah rekod sebagai video muzik oleh penyanyi solo Korea yang mendapat 100 juta tontonan dalam masa terpantas (49 jam 5 minit). Rekod sebelum ini dipegang oleh Psy untuk lagu Gentleman yang meraih 100 juta tontonan selepas empat hari.
Sehingga kini, Lalisa telah pun mendapat 111 juta tontonan di YouTube.