Menerusi video muzik itu, Lisa dilihat memberi penghormatan kepada tanah kelahirannya, Thailand menerusi kostum dan tarian tradisional.
Kostum itu direka khas oleh jenama tempatan, Asava menggunakan sutera brokad Thai dan turut menampilkan corak tenunan halus dari wilayah Lamphun di bahagian utara Thailand. Ia ditaburi kristal Swarovski yang dijahit menggunakan teknik sulaman tangan.