Buat pertama kalinya, Fattah Amin mempersembahkan single baharunya yang berjudul ‘Wanita Terakhir’ di hadapan penonton dan Neelofa.
Persembahan Fattah itu telah dirakam di hadapan penonton yang hadir menyaksikan program MeleTOP yang dihoskan oleh Neelofa dan Nabila Ahmad.
Tatkala ini, video tersebut dikatakan telah menjadi trending di media sosial. Dikatakan video itu dikatakan telah menjadi video kedua paling trending di YouTube MeleTOP.
Kini, video tersebut telah mencecah lebih 250,000 tontonan. Single tersebut sebenarnya merupakan ciptaan Aizat Amdan, Mel Ramlan dan Anas Amdan. Lagu tersebut turut menduduki kedudukan teratas di iTunes Malaysia meskipun belum dilancarkan secara rasmi.
Menerusi rakaman video persembahan tersebut, Fattah pada mulanya dilihat menyampaikan beberapa bait puisi sebelum menyanyikan lagu pertamanya itu.
Dalam masa yang sama, Neelofa yang berada di situ dilihat seakan tersipu malu ketika Fattah menyanyikan lagu tersebut dihadapannya. Sebelum ini, Fattah pernah mengakui yang mana lagu tersebut ditujukan kepada Neelofa.