Vivy Yusof selamat melahirkan anak ketiganya dengan suami, Fadza Anuar.
Salah seorang usahawan wanita yang cukup berjaya di Malaysia yang mana sehinggakan berjaya memasuki carta Forbes, Vivy Yusof dan Fadza Anuar kini menimang cahaya mata yang ketiga iaitu seorang bayi perempuan.
Sebelum ini, rata-rata pengikut media sosial pasangan usahawan terkenal ini membanjiri ruangan komen dengan bertanyakan apa nama sebenar untuk ‘Baby S’ dan jawapannya adalah Sarah Ilham Shah.
Vivy dengan senang hati berkongsi sendiri gambar terkini puteri comelnya itu di akaun Instagramnya dengan mengucapkan terima kasih buat ucapan tahniah kepadanya.
Bahkan, Vivy turut menyatakan yang mana dia sangat berterima kasih kepada pengikut-pengikutnya yang tidak henti menghantar hadiah buat Sarah. Bukan itu sahaja, Vivy juga mengatakan yang mana dia seakan tidak sabar untuk memperkenalkan anaknya itu menerusi vlognya akan datang.
Vivy dan suami sebelum ini dikurniakan seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan iaitu Daniel Azim Shah, 5 tahun, dan Mariam Iman Shah, 3 tahun.
Tidak dinafikan yang mana kedua-dua anaknya itu turut menjadi perhatian pengikut kedua-dua ibu bapanya, jadi tidak hairanlah jika selepas ini populariti menjerumus kepada bayi Sarah pula.
EH! mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah buat Vivy Yusof dan Fadza Anuar atas kelahiran cahaya mata baru ini.