Selepas kejayaan musim pertama, Mayor Of Kingstown yang menampilkan Jeremy Renner sebagai watak utama telah pun menemui penonton di saluran Paramount+ untuk musim kedua.
Sebelum tayangan episod pertama pada 15 Januari lalu, Paramount+ membuat keputusan menyunting poster promosi siri itu dan memadam luka di wajah Jeremy. Apakah alasannya?
Dalam poster asal, dia yang menggalas watak sebagai Mike McLusky, seorang datuk bandar terkenal dilihat berdiri di perkarangan penjara lama dengan wajah dipenuhi kesan darah dan lebam.
Bagaimanapun Paramount memutuskan untuk mengedarkan semula poster itu dalam versi yang telah disunting, bermakna tiada lagi kesan kecederaan di hidung, dagu, pipi dan dahinya.