10. Kim Han-bin
Berusia 24 tahun, Han-bin mendedahkan bahawa dia adalah seorang chef di Korea International Cooking Contest yang dianjurkan oleh Korean Cooks Federation. Selepas memenangi hadiah utama pada 2018, dia berkongsi bahawa dia juga membawa pulang Anugerah Pengarah Organisasi pada 2019. Walaupun pencapaian cemerlang dimiliknya di dunia realiti, namun Han Bin sering di ‘frindzone’ oleh semua wanita Single Inferno.
Namun ura-ura mengatakan Kim Han Bin kini sedang menghabiskan cuti akhir tahun dengan Lee Nadine. Semua ini akan terbongkar pada episod akhir!