5. Park Se-jeong
Ahli yang memukau semua orang dengan potongan tubuh badannya yang langsing seperti terma ‘Korean Beauty Standard’. Park Se-jeong dikhabarkan berusia sekitar 25 tahun dan merupakan model profesional dibawah agensi KPLUS, sebuah agensi peragaan. Semasa pengenalannya dalam Single’s Inferno, Park berkongsi bahawa dia seorang yang suka bersenam dan tidak terlepas gim. Dia juga mendedahkan bahawa dia sedang mencari seorang lelaki yang akan menjaganya.