Meskipun sudah berusia 47 tahun, wanita yang bergelar nenek ini ternyata seksi menawan seakan masih muda remaja.
Zaklina merupakan seorang blogger fesyen berasal dari Serbia. Wanita ini mencuri perhatian ramai gara-gara melihat gambar-gambar yang dimuat naik olehnya di laman Instagram berserta #grandmotherthatlovesfashion.
Kecantikan raut wajahnya serta bentuk badannya sememangnya membuatkan ramai seakan tidak percaya dan ada di antaranya mahu menjadikan dia sebagai inspirasi kala hari tua nanti.
Setakat ini, Zaklina telah mempunyai lebih 260ribu pengikut di Instagram. Model yang berbadan langsing menawan ini sudah memilik dua orang cucu.
Zaklina merupakan seorang nenek yang suka mengembara dan melancong ke luar negara. Melihat pada foto yang dikongsikannya di laman sosial, boleh kata dia mempunyai citarasa fesyen yang cukup tinggi dan versatil.
Tidak hanya suka bergaya, malah Zaklina juga gemar menggayakan cucu-cucunya setiap kali mereka keluar berjalan-jalan.