Oleh: Farhana Fuad
Gambar: Instagram Syarul Ridzwan
Siapa yang tidak kenal dengan pelakon lelaki drama yang sentiasa menjadi pujaan ramai masa kini. Syarul Ridzwan bakal membintangi pentas teater Istana Budaya dalam teater berjudul Bawang Putih Bawang Merah yang bermula pada 28 November sehingga 6 Disember ini. Syarul bakal memegang watak sebagai seorang putera raja.
Gambar: Instagram Syarul Ridzwan
Ketika ditemui di majlis sidang media, Syarul sempat berkongsi tentang perkembangan terbarunya.
“Selepas teater ini projek akan datang saya adalah untuk slot Akasia bertajuk Seindah Takdir Cinta yang mana menggandingkan saya dengan Amyra Rosli. Ianya bakal mula ditayangkan pada hujung bulan Disember nanti,” ujar Syarul.
Pabila ditanya tentang gosipnya yang terhangat sekarang ini iaitu berhubungan dengan Mira Filzah dan Mia Ahmad, Syarul menjawab…
“Perkara ini sebenarnya ada satu pihak yang saya rasa tak bertanggungjawab yang ingin memecah belahkan, mencetuskan pergaduhan antara dua orang wanita yang baik. Di mana Mia pun baik, Mira pun baik. Jadi saya rasa perkara-perkara macam ini, saya tak perlu nak jawab sebab saya rasa perkara ini tiada sumber yang sahih. Mana sumbernya? Apa buktinya?”
Tambahnya lagi, “Saya dengan Mia memang rapat. Kami bekerjasama dalam drama Hati Perempuan. Sebelum itu pun saya sudah kenal dengan Mia juga. Jadi bagi saya isu-isu begini tak perlu dipanjangkan sebab perkara macam ini bila orang cakap dan lepas itu bila kita nak kena jawab pada perkara yang tiada bukti, tiada asas. Ok lah kalau bukti dia nak cakap yang saya dan Mira Filzah bertemu balik masa cerita TimorFest dan ianya punca. Saya rasa tidak kerana saya ke sana atas urusan kerja dan saya memang kenal Mira Filzah sebelum berlakon lagi. Bila kami berjumpa balik dan sudah beberapa tahun tidak berjumpa, masing-masing dah matang dan kami banyak bercerita. Saya pun Insya-Allah akan bekerjasama dengan dia pada masa akan datang. Jadi saya rasa ini satu publisiti murahan yang kononnya nak menaikkan saya. Saya rasa saya lebih rela bercakap pasal kerja sahaja.”
Syarul turut berkongsi karakter wanita idamannya.
“Karakter wanita yang saya pilih, saya memandang kepada empat perkara ini. Harta, kecantikan, keturunan dan agama. So saya pilih empat yang itu. Karakter itu bagi saya kadang-kadang apa yang kita nak itu tidak akan dapat, tetapi apa yang kita tak nak kita dapat pula. Tetapi itulah terbaik untuk kita. Saya tidak menetapkan ciri-ciri bagaimana seseorang wanita pilihan saya.”
Apabila ditanya pada Syarul adakah wanita berhijab menjadi pilihan utamanya, Syarul berkata
“Kita tak boleh cakap yang wanita bertudung adalah baik dan tidak bertudung adalah tidak baik. Ianya tak elok. Saya tak judge orang. Yang mana, mungkin kalau saya cakap yang saya sukakan wanita tidak bertudung, tetapi selepas berkahwin dia akan bertudung. Who knows? Contohnya seperti Mizz Nina, Diana Amir. Jadi kita tidak boleh nak judge. Saya tidak boleh cakap yang saya sukakan wanita bertudung atau pun tidak, tetapi sebagai diri saya, kalau saya sukakan seseorang wanita itu, saya sebagai seorang lelaki saya kena bimbing dia.”