EH! berpeluang menyertai sidang media eksklusif untuk menemu bual teraju utama, Iqbaal Ramadhan serta barisan pelakon filem Netflix terbaharu, ‘Ali & Ratu Ratu Queens’ yang akan ditayangkan bermula 17 Jun 2021.
Cinta, komedi, mesej kekeluargaan dan kota New York, ‘Ali & Ratu Ratu Queens’ ada segalanya. Filem terbaharu daripada Netflix ini adalah sebuah projek yang cukup unik dalam menggabungkan kebudayaan masyarakat Asia dalam latar kota metropolitan yang pesat. Hampir keseluruhan filem ini dirakamkan di kota Big Apple, dan dibintangi oleh Iqbaal Ramadhan selaku teraju utama, bersama Asri Welas, Happy Salma, Nirina Zubir dan Tika Panggabean, Marissa Anita serta Aurora Ribero.
Filem ini mengisahkan tentang seorang remaja lelaki bernama Ali yang terbang ke kota New York untuk mencari ibu kandungnya. Di sana, dia bertemu dengan empat wanita imigran Indonesia yang tinggal di Queens, New York. Kembaranya bersama Ratu Ratu Queens tersebut telah memberikan dia kesedaran mengenai erti sebenar cinta sebuah keluarga.
Ikuti temu bual EH! bersama barisan pelakon utama ‘Ali & Ratu Ratu Queens’:
Apakah perasan kamu pertama kali ditawarkan watak Ali dalam filem ini?
Iqbaal Ramadhan: Saya ditawarkan watak Ali sekitar dua hingga tiga tahun yang lalu. Saya sangat excited kerana saya berada sangat dekat dengan karakter Ali yang mencari ibunya di New York, dan bertemu dengan wanita-wanita hebat. Dan akhirnya seperti tidak disangka mereka menjadi seperti keluarga sendiri. Pertama kali membaca skrip, saya merasakan watak Ali begitu dekat dengan peribadi saya dan apa yang pernah saya alami. Ia bisa mewakili teman-teman yang sama umur dan segenerasi untuk merasakan perasaan mencari dan akhirnya bertemu tanpa ada paksaan.
Ceritakan mengenai watak Ratu-Ratu Queens yang cukup quirky?
Nirina Zubir: Party adalah seorang yang berani. Dia sanggup meninggalkan semuanya di Indonesia dan keluar dari zon selesa untuk mengejar cita-cita. Dia tekad dan sedikit reckless, dia cuba untuk baiki situasinya dan bekerja keras. Watak Party ini berdasarkan orang yang sebenar. Pertama kali saya berjumpa dengannya, saya tertarik diri dia yang begitu ramah dan mengambil berat. Saya tidak percaya ada seseorang seperti itu.
Tika Panggabean: Saya merasakan setiap karakter diinspirasikan daripada orang yang sebenar. Ance merupakan seorang remaja rebel yang suka bergaduh dengan ibu bapanya. Akhirnya, dia dihantar untuk hidup di Amerika Syarikat bersama bapa saudaranya, yang mana dia berkahwin dengan warga asing dan mempunyai seorang anak. Selepas suaminya meninggal dunia, dia menjadi ibu tunggal di New York. Dia sangat menyanyai anak perempuannya dan mempunyai karakter yang tegas.
Asri Welas: Biyah seorang yang kuat. Dia seperti wanita imigran yang anda boleh jumpa di mana-mana, bukan sahaja di New York. Dia mahu bebas dan membuktikan dia mampu untuk hidup di mana sahaja. Biyah merasakan dia boleh menjadi diri sendiri di New York untuk mencari identiti dirinya. Dia seorang yang bebas, berfikiran terbuka dan mempunyai kecenderungan untuk hidup tanpa arah kerana she’s all about fun.
Happy Salma: Chinta percaya kepada cinta sebenar. Dia jenis yang akan mengikuti kata hatinya, cukup optimistik untuk hidup mengikut carannya sendiri. Dia berfikiran teliti dan mengambil berat terhadap sahabat-sahabat baiknya. Dia juga percaya kepada nasib dan ilmu astrologi kerana dia mempunyai harapan yang tinggi kepada cinta sejati. She is a true dreamer.
Apa yang boleh kamu ceritakan mengenai Mia dan perjalanan hidupnya?
Marissa Anita: Mia seorang yang kompleks. Pada pandangan pertama, penonton akan merasakan dia sebagai Wanita yang meninggalkan keluarganya untuk mengejar cita-cita. Tetapi ia sebenarnya lebih kompleks daripada itu. Saya merasakan Mia mewakili ramai Wanita di Indonesia dan seluruh dunia. Ia berkahwin muda dan mempunyai anak, tetapi dia juga mahu mengejar cita-citanya. Dia bergelut dengan konflik diri kerana dia melihat dirinya lebih daripada hanya seorang ibu. Dia adalah wanita yang mempunyai cita-cita.
Apakah keistimewaan watak Eva yang menarik buat kamu?
Aurora Ribero: Eva seorang gadis yang baik, tetapi juga tegas. Mungkin kerana dia membesar di New York yang mana semua orang akan meluahkan apa mereka fikir. Ia berbeza dari Indonesia kerana penduduk di sini sentiasa berhati-hati dengan apa yang mereka mahu luahkan. Dia juag seorang yang kreatif, sukakan seni dan terbuka kepada sesiapa yang dipercayainya.
Filem ini menceritakan erti sebuah keluarga. Apa pendapat kamu mengenai mesej ini?
Iqbaal Ramadhan: Saya merasakan ia satu topik, mesej juga kempen yang cukup berkuasa kala kita hidup dalam situasi pandemik hari ini. Walaupun filem ini dirakamkan sebelum Covid, mesej ini lebih kuat dirasai selepas itu kerana ia menonjolkan siapa keluarga kita yang sebenar, siapa yang akan bertanya khabar. Kamu mempunyai kebebasan untuk memilih siapa yang kamu mahu sebagai keluarga.
Asri Welas: Saya merasakan ia mengenai mencari tempat dan perasaan yang kamu yang sebenar. Biyah merasakan cita-citanya sangat mudah iaitu menjadi diri sendiri dan tidak dinilai oleh orang lain. Mempunyai sahabat seperti tiga Ratu yang lain yang menerima dirinya, serta membantu dia untuk menjadi Biyah. Filem ini mengajar kita untuk bermimpi, tidak kira sekecil mana atau sebesar mana untuk mencari identiti diri, dan menyayangi serta disayangi oleh mereka yang kamu pilih sebagai keluarga.
Keempat-empat Ratu Ratu Queens mempunyai keserasian di dalam dan luar filem. Ceritakan bersahabatan yang terjalin antara kamu berempat?
Happy Salma: Karakter kami mempunyai persahabtan yang memberikan inspirasi kerana kami menerima antara satu sama lain. Wanita seperti mempunyai sentuhan yang romantik dalam persahabatan. Mereka boleh menyentuh antara satu sama lain, terbuka dan penuh perasaan. Ada yang bilang jika wanita bersatu, mereka mampu untuk meruntuhkan dinding, dan itulah semangat persahabatan ini. Kami juga bersyukur persahabatan karakter ini juga memberikan peluang kepada persahabatan sebenar kami, kerana kami memahami and menerima antara satu sama lain.
Apa yang kamu boleh katakan mengenai hubungan antara Ali dan Ratu Ratu Queens?
Nirina Zubir: Ratu Ratu Queens seperti keluarnya. Apabila anda tinggal dia negara luar dan berjumpa dengan orang Indonesia yang mengalami kesusahan, ikatan itu terbina dengan lebih kuat. Semangat kemanusiaan akan terasa apabila kita berada di luar zon selesa, jadi sudah tentu Ratu Ratu Queens akan berasa senang untuk membantuk Ali.
Tika Panggabean: Ratu Ratu Queens faham apa yang dilalui oleh Ali kerana mereka juga pernah melaluinya juga. Ali cukup bertuah kerana walaupun dia berasa kehilangan, dia hilang di tempat yang betul, iaitu di dalam genggaman empat wanita yang baik hati.
Bagaimana pengalaman penggambaran filem ini buat kamu?
Marissa Anita: Saya melihat semua memberikan sepenuh hati mereka. Ianya sangat tegang, penuh emosi, dan semua pelakon dan kru bekerja seperti satu keluarga. Ia adalah pengalaman yang berharga dapat bekerja dengan kru Indonesia dan Amerika Syarikat. I can’t say enough good things about it. It was everything. Dan keserasian antara 12 pelakon, semuanya memberikan sokongan antara satu sama lain. Saya tidak mengatakan ini kerana saya salah seorang daripada mereka, tetapi jujurnya ini adalah antara pengalaman penggambaran terbaik yang pernah saya libatkan diri.
Apakah yang kamu rasa penonton akan suka mengenai filem ini?
Aurora Ribero: Saya rasa penonton akan sukakan segalanya. Ada yang akan berasa dekat dengan filem ini kerana ia menyentuh isu-isu yang mungkin mereka pernah alaminya sebelum ini, seperti erti sebuah keluarga, identiti diri, cita-cita, dan keberanian untuk melepaskan seseorang atau sesuatu daripada diri.
Filem ini menampilkan dua buah lagu daripada kumpulan Iqbaal iaitu Svmmerdose sebagai runut bunyi. Boleh kamu ceritakan proses pembikinan lagu-lagu tersebut?
Iqbaal Ramadhan: Sebagai permulaan, saya sukakan projek ini. Saya memberikan energi dan segalanya. Saya juga merasakan saya mahu menyumbangkan muzik buat filem ini. Dan mereka memberikan peluang untuk saya membuat dua buah lagu. Salah satunya adalah skor muzik yang digunakan pada awal filem, ketika Ali baharu sahaja menjejakkan kaki di New York. Manakala sebuah lagu adalah runut bunyi asal yang digunakan dalam adegan watak Marissa Anita sedang menari. Mereka meminta kami untuk menghasilkan sesuatu yang menyeronokan dalam membiaskan perasaan keseluruhan filem ini.
Filem ‘Ali & Ratu Ratu Queens’ akan mula ditayangkan pada 17 Jun 2021 secara eksklusif di saluran penstriman gergasi, Netflix. Klik untuk melihat video trailer filem ini di sini.
Foto: Netflix Malaysia
Baca lebih lanjut: Lorde Umum Album Baharu, Kembali Dengan ‘Solar Power’ Selepas Empat Tahun