Tahniah diucapkan buat pasangan pelakon dan usahawan, Wawa Zainal dan Aeril Zafrel yang telah selamat menimang anak keempat pada 30 November 2021.
Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin dilaporkan melahirkan cahaya mata bongsu mereka di sebuah pusat perubatan di ibu kota.
Berita itu diumumkan sendiri oleh Wawa beberapa jam selepas bersalin di mana dia turut berkongsi pengalamannya sebelum dan ketika melahirkan.
