Menerusi satu hantaran di Instagram, pelakon berusia 30 tahun itu berkongsi foto dirinya memangku bayi di atas katil hospital di samping suami tercinta.
“Alhamdulillah selamat melahirkan pagi tadi. Pukul 2 pagi dah menahan sakit, tak sampai hati nak kejutkan Aeril, jadi tunggulah sampai 5 pagi. Sampai hospital bukaan sudah 9 sentimeter,” tulisnya.
Jelasnya, kelahiran kali ini lebih mencabar dan menyakitkan berbanding sebelumnya.
“Lain macam sakitnya walaupun anak keempat. Belum ada nama, ada cadangan?” tambah Wawa yang belum mendedahkan jantina bayinya.