Berita gembira ini turut dikongsi Aeril di Instagram miliknya di mana dia mengambil kesempatan merakamkan ucapan terima kasih buat peminat yang mendoakan kesejahteraan isteri dan anaknya.
“Terima kasih semua atas doa-doanya,” tulisnya ringkas.
Pasangan merpati dua sejoli ini mendirikan rumah tangga pada 2013 dan hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 7, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 5, dan Ayya Soffya, 1 tahun.
Foto: Instagram
Baca: Ironi Chori Chori Chupke Chupke, Preity Zinta Timang Anak Kembar Melalui Ibu Tumpang