Salon kecantikan Jenny House telah mendedahkan butiran tentang rambut dan solekan Son Ye Jin pada hari istimewa itu. Son Ye Jin merupakan artis yang sering menggunakan khidmat kecantikan Jenny House lebih sedekad.
Pengarah Jenny House, Mujin, berkongsi, “Kami ingin menghidupkan perasaan perkahwinan yang murni dan elegan. Kami mempersembahkan kilauan halus yang menyerupai manik kaca pada tekstur kulit dan menciptakan rupa mata yang segar dan semula jadi dengan menggunakan ton warna oren dan merah jambu supaya matanya cantik dan kelihatan lebih menawan dan berkilau daripada biasa.”
Sementara itu, rambut bayi Son Ye Jin di-susun rapi di sekeliling garis muka untuk menjadikan wajahnya kelihatan lebih kecil dan lebih muda. Selain itu, rambut belakang disanggul untuk menciptakan elemen vintaj.
Son Ye Jin dilaporkan turut memakai dua persalinan perkahwinan iaitu, VERA WANG dan ELIE SAAB.
Baca: Tarikh Dan Lokasi Perkahwinan Hyun Bin & Son Ye Jin Akhirnya Didedahkan