Begitu juga yang dilaporkan oleh Insider semalam. “Mereka tidak pernah putus pertunangan secara rasmi. Mereka melalui saat sukar namun tidak pernah berpisah. J-Lo di Republik Dominika manakala Alex pula di Miami, justeru sukar untuk berjumpa satu sama lain terutama dengan isu kuarantin dan Covid-19. Namun mereka nekad untuk terus bersama. Ini bukan disebabkan oleh orang ketiga. Mereka kini sedang dalam fasa memperbaiki hubungan.”

Semalam, bekas pemain besbal New York Yankees itu dirakam sedang bersenam di Miami. Apabila ditanya mengenai status perhubungan, dia dengan pantas menjawab, “I’m not single.”
J-Lo dan Alex mengikat tali pertunangan pada Mac 2019 setelah dua tahun mengenali hati budi masing-masing. Setelah dua kali menunda perkahwinan disebabkan pandemik Covid-19, pasangan ini membatalkan rancangan perkahwinan mereka setelah J-Lo terinspirasi dengan kehidupan pelakon veteran, Goldie Hawn dan Kurt Russell yang telah bersama selama berdekad-dekad namun tidak pernah berumah tangga.
Foto: Vanity Fair
Baca: Jennifer Lopez Dituduh Guna ‘Berjuta’ Filter Untuk Jual Produk Kecantikan