Rock enggan mengemukakan dakwaan jenayah dengan LAPD, tetapi pakar undang-undang memberitahu The Sun bahawa Rock masih boleh menyaman dibawah undang-undang mahkamah sivil.
Peguam Beverley Hills, Adam Michael Sacks berkata Smith dan pertunjukan anugerah itu berisiko akan terlibat dalam tindakan undang-undang. “Rock boleh menyaman Will kerana dihina dan dimalukan awam. Dia boleh mengatakan serangan itu menjejaskan keyakinan dan kerjayanya,” kata Sacks .
Tambah Sacks , “Chris juga boleh menyaman akademi. Sebagai penghibur di atas pentas, dia boleh berhujah bahawa dia sepatutnya dilindungi”.