Sementara itu, Akademi telah mengutuk tindakan pelakon itu pada pertunjukan malam tadi. ‘Kami telah menyelidik kejadian malam tadi dan akan memberi tindakan mengikut Undang-undang Kecil,’ kata jurucakap Anugerah Akademi.
Organisasi itu mengadakan rundingan tergempar berhubung menggantungkan status Pelakon Lelaki Terbaik Will Smith. Serangan itu melanggar tatakelakuan The Academy. Ahli organisasi, termasuk Smith sendiri, telah bersetuju untuk berkelakuan baik jika tidak mahu menghadapi penggantungan atau penyingkiran.