Ketika kamera mengfokuskan kepada Jada Pinkett Smith, pelakon yang duduk sebebelahan suaminya itu kelihatan seperti tidak selesa dengan lawak jenaka tersebut. Kemudian, pelakon “King Richard” itu bangun dan bergerak ke atas pentas sebelum menampar Chris Rock ketika acara siaran langsung. Hampir kesemua penonton termasuklah Chris Rock sendiri kelihatan terkejut dan keliru selepas kejadian tersebut.
Ketika teater tersebut menjadi diam, Chris Rock sempat melawak, “That was the greatest night in the history of television”. Will Smith masih lagi kelihatan marah dan mengeluarkan kata-kata kesat selepas dia duduk di bawah. Penyampai seterusnya, bintang muzik Sean “Diddy” Combs naik ke atas pentas dan menasihatkan mereka untuk berdamai seperti keluarga.
Jada Pinkett Smith tampil dengan kepala bercukur kerana penyakit yang dialaminya. Dia secara terbuka berkongsi mengenai kesukaran yang perlu dihadapinya kerana alopecia, iaitu penyakit gangguan autoimun yang menyebabkan masalah keguguran rambut.
40 minit selepas kejadian tersebut, Will Smith sekali lagi naik ke atas pentas untuk menerima trofi Oscar pertama kategori Pelakon Lelaki Terbaik untuk filem “King Richard”. Sambil menitiskan air mata, dia yang berlakon sebagai bapa kepada legenda tenis dunia, Venus dan Serena Williams dalam filem itu menyatakan Richard Williams merupakan “a fierce defender of his family”.
Foto: Getty Images
Baca lebih lanjut: Mengapa Anugerah Akademi Digelar Sebagai Oscar?