Willow Smith menonjolkan sisi rockstar baru-baru ini dengan memberi persembahan mengejutkan buat peminat-peminatnya.
Untuk meraikan album studio keempatnya, Willow menganjurkan satu konsert secara langsung di Facebook Live Jumaat lalu yang berjudul Willow In Concert: Latey I Feel Everything.
Apa yang membuatkan peminat terkejut adalah tindakan penyanyi itu mencukur rambutnya ketika menyanyikan lagu popularnya yang dilancarkan pada 2010, Whip My Hair.
“Saya terfikir untuk berbuat demikian ketika persembahan Whip My Hair. Ini merupakan kali ketiga saya mencukur rambut. Saya selalu melakukannya pada detik-detik bersejarah dalam hidup, ketika situasi benar-benar berubah. Dan ini merupakan salah satu daripada momen tersebut,” jelasnya menerusi satu klip belakang tabir.