Kali terakhir dia mencukur rambut adalah pada Mac lalu ketika dia meluangkan masa 24 jam di dalam kamar kaca sebagai sebahagian daripada pertunjukan seni di Geffen Contemporary di Museum of Contemporary Art Los Angeles.
“Terasa seperti saya baru sahaja melepaskan bebanan emosi dan masa silam yang cukup banyak. Emosi selama enam, tujuh tahun yang lalu, ia terlepas dari bahu begitu sahaja,” jelasnya menerusi salah satu episod rancangan Red Table Talk.
Willow mencukur kepalanya buat kali pertama pada 2012 ketika berusia 11 tahun, dua tahun selepas pelancaran lagu Whip My Hair. Katanya kepada People pada June 2019, ia adalah cara sempurna untuk memberontak.