Penyanyi dan pelakon, Willow Smith mendedahkan dia menjadi mangsa buli kerana meminati kumpulan punk rock, Paramore dan My Chemical Romance.
Apa alasannya? Jelas Willow, dia dianggap tidak layak kerana tidak memenuhi kriteria peminat beremosi yang tipikal, salah satunya adalah berkulit putih.
“Menjadi wanita berkulit hitam di kalangan peminat metal sangat sukar, ditambah tekanan yang diletakkan oleh industri muzik ke atas anda,” jelasnya kepada Alexis Brown, penyanyi utama kumpulan Straight Line Stitch dalam temu bual terbaharu untuk majalah V.