Walaupun tidak mendedahkan butiran lanjut, Anna berkata mereka mengikat tali perkahwinan di sebuah mahkamah tempatan dan upacara tersebut berlangsung dengan hebat.
Ibu kepada seorang cahaya mata ini mula menjalin hubungan cinta dengan Michael pada 2017 selepas bekerjasama dalam filem Overboard.
Mereka dirakam keluar bersama pada bulan September, sebulan selepas Anna dan bekas suaminya, Chris Pratt mengumumkan perceraian setelah lapan tahun berumah tangga.