Oleh: Farhana Fuad
Gambar: Instagram Yana Samsudin
Baru-baru ini ketika hadir ke majlis perkahwinan Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin ramai yang tertanya-tanya akan perihal adakah Yana Samsudin sedang hamil ketika ini.
Gambar: Instagram Yana Samsudin
Yana Samsudin dan Fadzil Zahari ketika hadir di majlis perkahwinan Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin.
Pada saat ini, Yana masih tidak mengiyakan atau pun menafikan tentang perkara itu kerana baginya, ianya terlalu awal untuk berkongsi berita baik ini. Baginya, akan tiba masanya nanti untuk mereka kongsikan cerita baik tersebut.
“Agak-agak berapa bulan? Sebab ramai yang bertanya kata nampak perut saya ketika majlis resepsi Saheizy Sam dan Syatilla. Jika ada pun dan ia masih lagi baharu saya tidak selesa untuk kongsikannya lebih-lebih lagi latar belakang keluarga Fadzil ramai yang doktor. Kata mereka, jika kandungan baru beberapa minggu tidak elok dikongsikan sebab ia masih belum kuat,” ujar Yana kepada Kosmo! Online.
Apa pun, EH! ucapkan tahniah buat Yana Samsudin dan Fadzil Zahari jika ianya berita gembira dan semoga segalanya dipermudahkan serta diberikan rezeki yang berlipat kali ganda.