Berlangsung pada 5 Disember, lebih kurang 100 tetamu berhimpun di Bar Moxy Chinatown untuk sama-sama meraikan personaliti EH!TOP20 dalam satu acara ringkas namun berlangsung cukup meriah.
The Next Big Thing menjadi tema parti tahun ini kerana kami mahu meraikan wajah-wajah yang dilihat berpotensi untuk mengembangkan lagi kerjaya mereka di masa hadapan. Dan tahun ini barisan personaliti EH!TOP20 juga dilihat cukup variasi dengan pilihan figura yang datang dari pelbagai latar belakang dan bidang.
THE NEXT BIG THING
Seperti dalam ucapan saya di acara ini, ‘perhimpunan’ ini adalah untuk meraikan sesuatu yang menerujakan iaitu ‘The Future’. Teman The Next Big Thing dilihat sajak dengan objektif EH!TOP20 itu sendiri yang mana mahu menghargai barisan pelapis dalam pelbagai bidang khususnya yang berkaitan dengan seni. Seramai 18 dari 20 personaliti EH!TOP20 hadir memeriahkan acara. Qasrina Karim dan Adib Aidil tidak dapat hadir kerana punya jadual kerja yang tak menyebelahi. Parti tahun ini dikemudi oleh Faeiz sebagai pengacara.
MINI APARTMENT COWAY
Acara kami tahun ini disegarkan dengan sokongan dari jenama gaya hidup, COWAY. Ini adalah kali pertama kami bekerjasama dengan jenama dari Korea Selatan ini. Idea untuk membina mini apartment datang dari COWAY sendiri, mereka mahu setiap yang singgah ke ruang ini dapat membayangkan bagaimana penggunaan perkakas berteknologi mereka digunakan.
Antara produk COWAY yang melengkapkan ruang mini apartment ini ialah kerusi urut BEREX Pebble yang estetik, penapis air Dazzie dan pembersih udara Noble 2 yang memenangi anugerah untuk reka bentuknya yang unik dan menarik.
Selain itu, beberapa activation lain turut ada untuk memeriahkan acara kami malam itu seperti photobooth yang memberi ruang untuk tetamu merakam gambar dan membawa pulang cetakan gambar mereka. Wunderlast & Co juga membuka booth untuk para pengunjung mereka bag charms sendiri.
THE NEXT BIG TREND
Seiring dengan tema, The Next Big Trend menjadi kod pakaian malam tersebut. Mengapa? Kerana kami percaya tetamu malam itu yakni generasi-Z adalah penentu kepada trend semasa. Jadi, kami mahu beri ruang kepada sesiapa saja menentukan arus gaya masa depan. Bukankah generasi hari ini lebih tersendiri, indidvidualistik yang lebih selesa dengan gaya mereka sendiri tanpa terikut-ikut orang lain.
Kesemua personaliti EH!TOP20 hadir lengkap dalam persalinan COACH musim luruh/dingin 2025, sempurna dengan aksesori seperti kasut dan beg tangan. Dua hari sebelum acara berlangsung, satu sesi fitting diadakan di Moxy Hotel Chinatown, yang mana kami memberi peluang kepada setiap dari mereka memilih persalinan yang sepadan dengan personaliti mereka.
Beberapa orang model juga kami sarungkan dengan persalinan dari COACH seperti Juju, Marsha, Bidadari, Muqh Mazelan dan Rafael. Manakal tetamu yang lain bereksperimen dengan gaya yang tersendiri.
ENERGETIC PERFORMANCE
Masakan lengkap acara EH!TOP20 tanpa sebarang persembahan nyanyian. Dan malam Jumaat lalu, acara kami dihangatkan dengan persembahan kumpulan XONE yang dianggotai oleh Ellya Keesha dan Nelysa, dan juga persembahan penyanyi popular Aisha Retno.
Istimewanya persembahan XONE, mereka berdua turut diringin dengan persembahan kejutan oleh Faris Azim dan Ezra Tham (dua koreografer yang tersenarai dalam EH!TOP20 tahun ini). Lebih menarik, selain lagu hit ‘Lantaklah’ duo ini turut mempersebahkan lagu terbaru mereka yang bakal dilancarkan tidak lama lagi berjudul ‘Eyes On Me’.
Seperti biasa Aisha Retno menonjolkan sisi kreatifnya dalam menyusun lagu. Membuka pentas dengan hit W.H.U.T dan mashup dengan lagu terbaru Kehlani, ‘Folded’. Tenaga Aisha begitu membara, dan dia mengajak penonton ebralih pandang, dari pentas ke tepi kolam mandi sebelum dia mengalunkan lagu penutupnya malam itu, Sinaran.
Acara malam itu diakhiri dengan putaranb muzik oleh DJ Syaza. Pilihan lagu malar segar bercampur dengan muzik masa kini menjadikan suasana malam itu cukup menyeronokan dan beberkes khususnya pada personaliti EH!TOP20 sementelah acara ini adalah untuk meraikan mereka.
Kesemua tetamu malam itu membawa pulang cenderahati istimewa daripada rakan kecantikan kami, Lancome.













































