Boleh dikatakan seantero dunia memandang ke arah Lady Gaga yang dilihat seakan 'third wheel' di dalam hubungan Bradley Cooper dan Irina Shayk.
Selepas Gaga dan Cooper mengangkat kening dengan persembahan intim mereka di Oscars, penyanyi itu kemudian membuat penjelasan tentang khabar angin yang sedang hangat berlegar di media sosial mengatakan yang mereka sedang dilamun cinta romantis.
Gaga akui yang dia tahu persembahannya di Oscars bersama Cooper adalah satu persembahan yang cukup intimasi dan dia akui itulah yang mereka mahukan.
https://www.youtube.com/watch?v=JPJjwHAIny4
Beberapa hari selepas dua bintang ini membuat persembahan di Oscars dengan lagu Shallow, trak lagu dari filem hit mereka berjudul A Star Is Born, (yang mana memenangi anugerah untuk Best Original Song), Gaga membuka mulut tentang persembahan pun bermakna itu di rancangan Jimmy Kimmel Live.
Menerusi temubual itu, Kimmel mengatakan dua selebriti itu mengangkat kening ketika intense connection mereka mula kelihatan seakan satu adegan romantik yang benar. Walaubagaimanapun, Gaga kemudian menolak khabar angin tersebut dan mengatakan yang ia hanyalah untuk tujuan persembahan semata.
"Yes, people saw love and guess what? That's what we wanted you to see," kata pelakon-penyanyi berusia 32 tahun itu kepada Kimmel.
"Shallow adalah sebuah lagu cinta, A Star Is Born adalah sebuah penceritaan cinta," jelasnya. "Ia amat penting untuk kami berdua kekal berhubung rapat sepanjang persembahan itu... Pabila kita menyanyikan lagu-lagu cinta, itulah yang kita mahukan penonton dan pendengar rasakan."
Gaga menjelaskan lagi yang mana connection antara dia dengan Cooper tiada beza dengan adegan ketika pinggangnya dipeluk oleh rakan duetnya sebelum ini, Tony Bennett beberapa tahun lalu, yang mana dia sahkan tiada sebarang hubungan cinta yang terjalin di antara mereka.
"I'm an artist and I guess (Bradley and I) did a good job… fooled ya!" katanya lagi sambil tertawa.
Gaga turut menekankan tentang kerja keras Cooper, di samping mengarah dan menghasilkan filem, dia juga telah merancang setiap perincian untuk persembahan pada Ahad lalu dan Gaga akui dia cukup bangga dengan penerimaan ramai pabila melihat Cooper membuat persembahan secara langsung.
"Bradley adalah seorang pemuzik. Apa yang saya suka tentang segala pengalaman ini adalah saya sangat teruja untuk semua orang melihat Cooper menyanyi secara langsung."
"Sewaktu kami memulakan persembahan dan dia melontarkan 'Tell me something, girl,' penonton mula bersorak dan saya seakan, 'Yes Bradley! Keep going!" tambah Gaga.
Ketika persembahan itu, pasangan sejoli on-screen itu berkongsi bangku piano, bernyanyi bersama bersebelahan cheek-to-cheek sebelum masing-masing memandang mata ke mata, sambil Cooper memeluk pinggang Gaga.
Biarpun ramai peminat kedua-dua bintang ini tahu yang Cooper telah pun mempunyai seorang cinta hati, Irina Shayk yang mereka kongsi anak bersama, ada sesetengahnya yang seakan mahukan Gaga dan Cooper mengakhiri persembahan itu dengan satu ciuman.
Namun, Gaga dan Cooper mengakhirinya dengan senyuman dan pelukan ketika mereka berjalan ke arah belakang pentas. Pelukan mereka berterusan sehingga ke belakang pentas pabila mereka berdua bertemu dengan sekumpulan staf produksi yang memberikan tepukan gemuruh buat mereka.
"Did I nail it?" tanya Gaga. Menerima setiap ucapan tahniah sambil memandang Cooper dan mengujarkan, "I'm so f-ing proud of you!"
Dan ketika commercial break sesudah duet mereka, pasangan itu kembali ke tempat duduk di hadapan pentas arm-in-arm dengan sorakan penonton. Cooper terus memberikan ciuman dan pelukan kepada kekasihnya, Irina, bahkan model itu juga mengucapkan tahniah terhadap Gaga, yang mana Shayk turut teruja dengan persembahan mereka pada malam itu.
Selepas Shallow berjaya menggondol trofi Best Original Song, Gaga turut memberikan penghargaan buat Cooper di dalam ucapannya.
“Bradley, there is not a single person on the planet that could’ve sung this song with me but you. Thank you for believing in us, thank you so much," ucap Gaga.
Beberapa hari sejurus persembahan sarat intimasi itu, bekas isteri kepada Cooper, Jennifer Esposito, David Spade, Adam Rippon dan Mel B seakan turut terkesan dengan chemistry pasangan itu.
Sementara sesetengah meraikannya, namun ramai juga yang mempersoal adakah ada hubungan rahsia di antara Cooper dan Gaga serta merasakan ketidakselesaan buat kekasih Cooper.
Gaga juga ada menulis satu sweet message menerusi Twitter pada Isnin lalu seiring sekeping gambar mereka sedang duduk di piano Steinway ketika persembahan itu.
"Nothing could be more special than sharing this moment at the Oscars with a true friend and artistic genius."
https://www.youtube.com/watch?v=1MagImMpI7M