Pihak berkuasa mendakwa dia telah mengambil mengambil propofol sebanyak 73 kali dari Januari hingga Disember 2021 – enam kali dalam sebulan, yang mana ia melebihi penggunaan biasa iaitu sebulan sekali.
Seung Jae Hyun, penyelidik kanan di Institut Dasar Keadilan Jenayah Korea berpendapat tingkah laku Yoo Ah In dalam beberapa wawancara sebelum ini menunjukkan gejala ketagihan dadah.
Dalam satu temu bual yang disiarkan pada November 2021, aktor itu dilihat memberi reaksi yang keterlaluan seperti ketawa dan mengerutkan dahi secara tiba-tiba serta menelengkan kepala semasa menjawab soalan yang diajukan pengacara.