Pelakon Popular Korea Selatan, Yoo Ah-in kini berada di bawah siasatan polis kerana didakwa menyalah guna ubatan secara haram, lapor media Korea pada hari Rabu lalu.
Sudah jatuh ditimpa tangga, semasa disiasat oleh polis, Yoo Ah In juga telah diuji positif ganja. Ini menjadikan dia mempunyai dua rekod jenayah dalam masa sebulan. Segalanya bermula pada awal bulan Febuari lalu, dimana polis menyiasat Yoo Ah In kerana mendapat laporan bahawa dia menyalahguna ubat secara haram dan menggunakan dadah selepas dia kembali ke Korea dari Amerika Syarikat.
Disebabkan oleh laporan berkenaan, polis melakukan ujian air kencing dan ujian rambut untuk menilai jika Ah-in melakukan perbuatan jenayah yang lain. Pada 10 Februari lalu, polis secara rasmi mengumumkan bahawa sampel air kencing Yoo Ah In telah diuji positif ganja. Manakala, keputusan ujian rambutnya sahaja masih belum keluar.
Tidak lama selepas berita mengenai penyiasatan bintang Secret Affair itu tersebar, pengurus agensi Yoo, United Arts Agency, mengeluarkan kenyataan ringkas dengan mengesahkan keadaan itu. Seperti yang diterjemahkan oleh Soompi, kenyataan itu berbunyi seperti berikut:
“Yoo Ah-in baru-baru ini sedang menjalani siasatan polis berhubung isu propofol. Dia aktif bekerjasama dalam semua siasatan pada masa ini dan kami merancang untuk menangani secara proaktif. Kami memohon maaf kerana menimbulkan kebimbangan di kalangan peminat.”
Rentetan kes ini, platform jenama fesyen MUSINSA, yang sebelum ini menggunakan pelakon itu dalam kempen mereka, mengeluarkan dan membuang semua imej Yoo Ah in dari iklan dan perniaagaan mereka. Syarikat jenama lain turut membuat perkara yang sama, kontroversi ini turut menjejaskan hubungan sokongan Yoo Ah In dengan label fesyen Cina CROQUIS, yang juga telah mengeluarkan semua imejnya daripada jenama mereka.
Artikel berkaitan: Selebriti Korea Yang Prihatin Terhadap Mangsa Gempa Bumi Turkiye & Syria