Gambar: PrettyPeektures
Sebelum ini ramai yang menanti kemunculan Yahaira Leanne dan ingin melihat raut wajah anak kepada pasangan selebriti terkenal tempatan ini. Tetapi kedua-dua pasangan ini mahukan anaknya, Yahaira membesar dalam persekitaran yang normal tanpa terlalu terdedah kepada media sosial serta mengetahui sendiri baik buruknya bila dewasa kelak. Sehinggalah baru-baru ini, Yusry dan Lisa muncul di laman sosial Instagram meraikan majlis aqiqah dan doa selamat buat puteri sulung mereka dengan konsep kampung dan batik sebagai tema.
“Saya nak Yahaira membesar di mana dia sendiri yang akan menentukan sama ada dia mahu atau tidak membuka akaun di laman media sosial. Macam sekarang ini beberapa akaun palsu yang telah dibuka untuknya berdasarkan hanya dua keping gambar sahaja yang dilepaskan oleh Awani dan HLive. Kalau misalnya saya muat naik dan muat naik, saya tiada kuasa untuk mengawal siapa-siapa dari mengambil gambar yang saya muat naik dan mereka pula memuat naik dalam akaun-akaun palsu yang mereka reka. Apabila gambar telah dimasukkan ke dalam laman media sosial di mana sifatnya adalah terbuka pada umum dan tiada privasi, jadi we can’t do anything about that,” ujar Lisa sebelum ini semasa ditemu ramah selepas memenangi trofi pelakon wanita terbaik di Anugerah Skrin 2015.
Kali ini, Yusry pula menjelaskan tentang pilihan mereka untuk tidak terlalu mempamerkan gambar-gambar anaknya di media sosial. Bagi Yusry, mereka tidak berniat untuk menyembunyi atau menyorokkan anaknya dari pengetahuan umum. Tetapi mereka ada sebab tersendiri.
“Alhamdulillah. Kami amat bersyukur atas kehadiran Yahaira dalam hidup kami. Tidak pernah ada niat di hati untuk ‘sorokkan anak’ seperti didakwa sesetengah. Cuma sebagai bapa, saya mahu anak saya membesar dengan cara paling normal dan sederhana. Anak yang dapat membesar seperti ibubapanya sendiri dulu dan kanak-kanak yang lain hari ini. Saya poskan gambar kami sekelurha kerana semalam hari bersejarah untuk kami dan hari yang penting buat Yahaira. Dengan terbitnya gambar ini, InshaAllah anak yang tidak berdosa ini tidak akan diberi pujian melampau mahupun dikeji. Janganlah juga ibunya terus dipersalahkan kiranya mahu anaknya membesar secara sederhana. Hidup sebagai selebriti tidak pernah di’pilih’ oleh anak kami ini,”
“Untuk Yahaira, bila dah pandai baca & faham pos ini; Mummy & Daddy are doing this because we think it is best for you. We might not know it all but we are trying to bring you up like how your grandparents raised us. Jadilah seorang yang bertanggungjawab, seorang yang berguna kepada masyarakat dan hamba yang selalu di sisi Allah. Amin,” tulis Yusry melalui kapsyen di Instagram miliknya dengan memuat naik gambar mereka sekeluarga setelah selesai majlis aqiqah buat puteri sulungnya ini.
[soliloquy id="91619"]