April tahun lalu nama Zac menjadi hangat di Twitter disebabkan perubahan ketara pada wajahnya ketika muncul dalam satu klip video Earth Day The Musical bersama Facebook Watch anjuran The Science Guy, Bill Nye.
Bibirnya sedikit membengkak manakala rahangnya kelihatan bersegi sehingga beberapa netizen membuat spekulasi bahawa dia melakukan pembedahan plastik.
“Apa Zaf Efron lakukan pada wajahnya?” tulis seorang pengguna Twitter menerusi satu ciapan, manakala seorang lagi menambah, “Foto wajah Zac Efron dengan suntikan botoks dan filler yang gagal sedang tular di Twitter.”
Malah ada yang membandingkan penampilan bintang itu dengan wajah prostetik The Weeknd dalam video muziknya, Save Your Tears. Seorang lagi peminat mengatakan wajahnya saling tidak tumpah seperti watak animasi Shrek versi manusia.