Pelakon berusia 27 tahun itu sempat berkongsi keterujaan apabila dapat menyambut ulang tahun kelahirannya setelah Aiman selesai menjalani kuarantin.
Namun kegembiraan mereka tidak berpanjangan kerana selepas tiga minggu, Zahirah pula diduga dengan jangkitan sama pada tarikh ulang tahun kedua perkahwinan mereka pada 20 Februari lalu.
“Sejak Aiman disahkan positif, saya membuat ujian saringan setiap hari untuk memastikan saya tidak dijangkiti. Walau tiada gejala, saya perlu pastikan keputusan saya negatif.
“Namun malang tidak diduga, saya turut disahkan positif pada hari ulang tahun perkahwinan kami,” tulisnya menerusi beberapa hantaran di Instagram Story.