Satu persatu kontroversi melanda bekas ahli kumpulan One Direction, Zayn Malik.
Beberapa hari lalu nama Zayn hangat menjadi perbualan di media sosial setelah dikatakan mengasari ibu teman wanitanya, Gigi Hadid.
Kini timbul pula dakwaan yang mengatakan dia digugurkan dari syarikat rakaman yang menaunginya sejak 2015.
Menurut The Sun, RCA Records mengambil tindakan tegas kerana bimbang akan sikap penyanyi itu yang semakin tidak terkawal.