Beberapa hari lalu, Zayn disabit bersalah atas empat tuduhan jenayah kerana mengeluarkan kata-kata kesat dan menyerang Yolanda Hadid.
Penyanyi berusia 28 tahun ini menafikan tuduhan tersebut, namun menurut apa yang tertera dalam dokumen mahkamah, dia “menolak tubuh Yolanda ke almari sehingga mendatangkan kecederaan fizikal dan penderitaan mental.”
Selepas membuat pengakuan ‘no contest’ iaitu menerima sabitan tanpa mengaku bersalah, dia dikenakan denda dan perlu menghadiri kelas pengurusan amarah serta program keganasan domestik. Dia juga dilarang menghubungi atau bertemu ibu kepada tiga supermodel ternama itu.