Rentetan persengkataan yang timbul antara Zayn dan Yolanda, Gigi membuat keputusan memutuskan hubungan mereka buat kali keempat. Fokusnya kini hanyalah untuk membesarkan anak mereka, Khai yang berusia satu tahun.
“Mereka tidak lagi bergelar pasangan kekasih sejak sebulan lalu, namun menjalankan tanggungjawab sebagai ibu dan bapa dengan baik. Mereka kini bergilir-gilir menjaga Khai.
“Sudah tentu Yolanda mahu melindungi Gigi. Dia mahukan yang terbaik buat anak perempuan dan cucu sulungnya,” menurut rakan keluarga Gigi.