Selepas sembilan bulan melancarkan album Nobody Is Listening, Zayn Malik kembali dengan muzik baharu sebagai buah tangan buat peminat-peminatnya.
Zayn berkongsi satu pautan folder Dropbox di bawah nama Yellow Tape di Twitter yang mengandungi tiga lagu baharu berjudul Grimez, Believe Me dan 47 11.
Pelantun lagu Truth itu dikenali sebagai penyanyi R&B dan tiga albumnya sebelum ini turut memberi fokus pada genre yang sama. Namun kali ini dia mengejutkan peminat dengan menghasilkan album berunsur rap.