Apa yang turut menimbulkan tanda tanya peminat adalah kritikannya terhadap dua nama besar dalam industri muzik, juga Ratu United Kingdom.
Dalam lagu Believe Me, penyanyi itu menyindir bekas pengurusnya, Simon Cowell dengan lirik, “Glad we left the Syco”. Syco Entertainment adalah label muzik milik Simon yang menguruskan perjalanan seni bekas kumpulannya, One Direction.
Dia berundur diri dari kumpulan itu secara tiba-tiba pada 2015 dan melancarkan album solo pertamanya berjudul Mind Of Mine setahun kemudian di bawah syarikat rakaman, RCA Records.