Berita pernikahan penyanyi itu atau nama sebenarnya Izyan Alirahman menjadi buah mulut setelah fotonya menyarung persalinan ratu sehari serba putih berserta inai di jari tular di media sosial.
Dia kelihatan begitu manis di pelamin di samping suaminya yang segak menggayakan baju Melayu rona sedondon, lengkap dengan samping dan songkok di kepala.
Butiran lanjut mengenai suaminya masih menjadi misteri, namun penyanyi berusia 36 tahun ini berkata satu sidang media berhubung perkahwinannya akan diadakan dalam masa terdekat.