Sehari sebelum penyatuan pasangan ini, Zee Avi sempat memberi petunjuk hari bahagianya dengan memuat naik satu hantaran di Instagram Story.
Menerusi video pendek yang dikongsi, dia menyatakan ada sesuatu bakal berlaku pada hari itu.
“Hari ini adalah harinya,” tulisnya yang turut berkongsi kotak sesi soal jawab untuk peminat meneka apakah yang dimaksudkannya.