“Mereka sangat teruja dengan hartanah itu dan pembelian pertama mereka sebagai pasangan kekasih. Mereka amat mencintai satu sama lain dan mahukan kediaman pertama di London, tempat di mana Tom dibesarkan. Semua orang gembira dengan keputusan mereka,” jelas satu sumber terdekat.
Tambahnya, pasangan itu kini sedang menjalankan beberapa proses ubah suai pada rumah idaman mereka.
“Tom inginkan sistem keselamatan berteknologi tinggi di sekeliling premis bermula dengan pagar keluli bersaiz lapan kaki. Dia juga mahukan ‘man cave’ dan bilik pawagam. Mereka merancang untuk berpindah masuk selepas segalanya lengkap, selewatnya akhir musim panas tahun ini.”