Pembelian itu mencetus spekulasi bahawa mereka bakal bergelar suami isteri tidak lama lagi, namun kedua-duanya membuat keputusan mengunci mulut sehingga kini.
Zendaya dan Tom bertemu buat kali pertama pada 2016 di set penggambaran Spider-Man. Walaupun khabar angin mengenai perhubungan mereka telah lama tersebar, percintaan pasangan itu hanya berjaya dibongkar Julai tahun lalu setelah aksi mereka bercumbu di dalam sebuah kereta berjaya dirakam paparazi.
Sejak itu mereka dilihat terbuka berkongsi perhubungan kepada umum bermula dengan ucapan hari jadi romantis daripada Tom kepada ‘MJ’ di Instagram. Kemuncaknya apabila aksi mesra mereka dirakam sewaktu ‘double date’ dengan pasangan Diraja popular, Putera Harry dan Meghan Markle beberapa hari lalu.
Foto: Getty Images