Zul juga ada berkongsi bahawa setiap pelakon perlu ada sasaran diri dalam kerjaya. Mereka perlu berusaha lebih lagi untuk sampai ke tahap diimpikan. “Bukan kerana ego, bangga dan sebagainya tetapi kena ada sasaran. Saya menyasarkan diri daripada pelakon tambahan, pelakon pembantu kemudian mahu watak hero tapi bukan terima tawaran bodoh begitu sahaja. Banyak yang perlu di ambil kira dan usaha.”
“Kalau era Datuk Aaron Aziz dan Datuk Farid Kamil, mesti kita kata filem bermodal besar. Bila dapat tahu bayaran mereka, saya telan air liur sahaja mengenangkan gaji mereka jauh berbeza dengan saya. Tapi, saya tidak cemburu dan saya pun mahu capai seperti itu juga. Jadi, saya usaha dan saya hargai perjalanan kerjaya seni saya itu”.
Zul bakal beraksi dalam filem terbaru daripadanya dan memilih untuk memberikan fokus kepada kariernya itu demi memberikan yang terbaik kepada penonton yang sentiasa menyokong dan menghargai usahanya selama ini.
Baca: “Saya Obses!” – Adele Dedah Rancangan Masa Depan Bersama Teman Lelaki