Zul Ariffin Teruja Namun Bimbang
Pelakon kelahiran Taiping, Perak itu meluahkan kegembiraan kerana sekali lagi dipilih menjadi tetamu Allah selepas tiga kali mengerjakan umrah. Terutama selepas perancangannya untuk berpuasa dan menyambut Syawal di Tanah Suci Mekah tidak kesampaian.
“Saya menerima jemputan mengerjakan hari, jadi saya pergi bersama-sama pasukan saya. Bukan melalui Tabung Haji. Sudah tiga kali saya buat umrah sejak Ogos tahun lalu. Kalau ikutkan perancangan sebelum ini saya nak puasa dan raya di sana, tapi tak berkesempatan disebabkan penggambaran. Tapi dapat pula pergi haji, jadi saya anggap rezeki.”
Zul Ariffin mengakui teruja namun agak bimbang dengan dugaan yang perlu dihadapi di sana terutama orang ramai dan cuaca panas terik. “Saya teruja nak mengerjakan haji. Lautan manusia tak berkesempatan untuk tengok lagi kerana sebelum ini musim haji ditonton di televisyen sahaja. Kali ini saya akan alaminya sendiri dalam cuaca panas. Suhu di sana sekarang mencecah 45 darjah celsius,” ujarnya.
EH! mendoakan agar Zul Ariffin akan mendapat haji yang mabrur dan dipermudahkan segala urusan di Tanah Suci Mekah.
Baca: Aaisyah Dhia Rana Enggan Berlakon Bersama Zul Ariffin, Takut Dicium