9. Kawal segala alatan elektronik smart home
Mungkin anda tidak menggunakan HomeKit untuk mengawal kediaman anda. Tetapi dengan iOS 10, mungkin anda akan mula sedar akan kemudahannya apabila adanya aplikasi Home. Ia direka khusus untuk elektronik HomeKit. Senang kata segala alatan atau perkakas elektronik yang mempunyai kebolehan untuk dikawal secara jauh boleh digunakan dengan aplikasi ini. Anda terlupa untuk menutup lampu di rumah kala bercuti? Segalanya boleh dengan aplikasi Home.