5. Aplikasi Bedtime yang akan memastikan anda mendapat waktu tidur yang secukupnya
Aplikasi Clock di iOS 10 dikemaskini dengan ciri-ciri terbaru iaitu Bedtime, yang mana direka untuk membantu anda dalam mendapatkan masa tidur yang secukupnya. Senang kata, penggera akan berbunyi pada waktu malam menandakan waktu untuk anda masuk tidur dan penggera tersebut akan berdering pada waktu pagi di mana ia menunjukkan yang anda sudah pun mendapat waktu tidur yang disarankan. Dengan cara ini, tiada lagi masalah tidak cukup tidur.