8. Cari kenderaan di parkir kereta
Pernah tak anda berada dalam situasi di mana keluar dari pusat membeli-belah dan anda terlupa di mana tempat letak kereta anda? Dengan aplikasi Maps, ia boleh mengenal pasti di mana kenderaan anda berada tanpa perlu membuang masa berjalan jauh untuk mencarinya. Ketika anda meletakkan kenderaan, Apple akan menghantar notifikasi yang mana menandakan lokasi tersebut dengan pin sebagai tanda kereta anda berada. Berdasarkan pin tersebut, anda boleh mengesan parkir kereta anda.