Gambar : Radley
Semestinya negara kita tidak melalui perubahan empat musim tetapi percayalah yang item fesyen ini adalah item yang paling cool mesti ada untuk menyerlahkan gaya artistik musim ini.
Radley London kali ini tampil dengan item fesyen yang tidak henti menjadi sumber inspirasi. Kota London sememangnya kaya dengan budaya dan tradisi, namun pada masa yang sama menjadi pusat trend fesyen bermula.
Kumpulan pereka dari jenama aksesori yang cukup terkenal ini telah mengumpul inspirasi yang mereka pelajari apabila bertemu dengan pengumpul, penulis, pelukis dan mereka yang cukup memperhalusi jiwa seni. Dari situ tercetuslah idea untuk menghasilkan rekaan yang bermain dengan rona dan cetakan ini.
Koleksi musim luruh dan sejuk ini khas untuk golongan wanita yang tidak henti menjadi tokok inspirasi untuk kehidupan masa kini.
EH! kongsikan beberapa item cool dari koleksi Radley London musim ini untuk anda penuhi gerobok fesyen anda.
[soliloquy id=”98337″]