Oleh : Farhana Fuad
Gambar : onehallyu.com
Salah seorang ahli kumpulan k-pop GOT7, Jackson dilaporkan telah terlibat dalam sebuah kemalangan jalan raya hari ini ketika sedang menuju ke lapangan terbang.
Menurut laporan media, kemalangan tersebut berlaku kerana kereta yang membawa Jackson telah diekori oleh beberapa buah kereta yang dipandu oleh peminat-peminat fanatiknya.
JYP Entertainment sendiri yang mengesahkan berita kecelakaan tersebut disamping memberi amaran kepada pelaku serta orang lain bahawa tindakan tersebut boleh membahayakan nyawa orang lain.
“Hello. Kami dari JYP Entertainment.
Ketika Jackson GOT7 sedang memandu menuju ke lapangan terbang pagi ini, dia telah terlibat dalam sebuah kemalangan jalan raya yang mana berpunca oleh seorang peminat yang mengekori keretanya dan dirinya didapati cedera.
Kini, Jackson telah dibawa ke hospital dengan segera setelah tiba di destinasi yang ditujunya dan tindakan telah pun diambil bagi membantu siasatan lanjut.
Mengekori kereta selebriti adalah tindakan yang sangat merbahaya yang boleh menyebabkan kemalangan yang bukan hanya melibatkan selebriti tersebut, tetapi juga kepada diri anda sendiri dan orang sekeliling.
Disebabkan ia adalah merbahaya dan tidak hanya pada keselamatan anda tetapi juga soal keselamatan orang lain, kami dengan hormatnya meminta kepada peminat-peminat sekali lagi untuk tidak melakukan tindakan seperti ini lagi. Jadi situasi yang boleh menimbulkan risiko kepada orang lain tidak akan berlaku lagi.
Terima kasih.”
Buat setakat ini, tiada sebarang berita terbaru mengenai status Jackson.