Oleh : Farhana Fuad
Gambar : Gucci
Video : YouTube Gucci
Gambar : Twitter Gucci
Buat julung kalinya, Jared Leto membintangi video kempen wangian Gucci Guilty arahan Alessandro Michele. Ketampanan dan keunikan staik Leto dilihat sebagai tarikan.
Kali ini, Leto pastinya membuatkan ramai wanita di luar sana terpegun melihat aksinya menerusi video kempen Gucci Guilty. Aksi di dalam video tersebut, Leto dilihat bersama dua orang wanita yang bereksperimentasi dalam melayari kehidupan di Venice, Itali.
Menerusi video pendek tersebut, boleh dilihat beberapa babak intim antara Leto dan dua model wanita iaitu Julia Hafstrom dan Vera Van Erp. Dari babak di atas kamar beradu sehingga ke kamar mandi, Leto ternyata menjiwai adegan di dalam video berkenaan.
“Ia adalah lebih kepada rakaman sebuah filem. Jalan ceritanya yang unik tentang seorang lelaki dan dua orang wanita dalam melayari kehidupan bersama. Saya rasa ia membawa kepada penerokaan perjalanan hidup yang ghairah dan sensual. Ia lebih bertemakan filem yang romantik. Ia turut bermain dengan filem ikon yang dihasilkan oleh orang-orang seperti Bertolucci atau Rogue serta filem seakan 1900 atau Last Tango in Paris.” ujar aktor Suicide Squad ini kepada media online People.com.
EH! kongsikan video dan beberapa keping gambar Snapchat di sebalik tabir Gucci Guilty di bawah.