Oleh : Farhana Fuad
Gambar: INGimage
Sebenarnya, kopi mempunyai pelbagai jenis. Minuman kopi hadir daripada tiga jenis biji kopi yang berbeza iaitu Arabica, Robust dan Kona. Anda masih boleh merasakan kesegaran dan keaslian biji kopi tersebut walaupun dihidang panas atau sejuk.
EH! senaraikan beberapa jenis minuman kopi untuk informasi anda.
Affogato
Ia sebenarnya adalah kombinasi espresso, vanilla dan gelato. Selalunya, affogato dihidang bersama ais-krim atau gelato vanila serta hot espresso shot pada lapisan paling atas.
Americano
Merupakan kombinasi espresso dan air panas. Jenis kopi ini sangat popular di Amerika Syarikat dan juga boleh didapati dalam hidangan sejuk.
Breve
Ia adalah latte versi Amerika. Ia dibancuh dengan gabungan espresso, krim dan susu dalam sukatan separuh dikukus berserta buih susu pada lapisan atas.
Bicerin
Jenis kopi ini adalah hidangan kopi suam tradisional Itali. Ia disediakan dengan lapisan espresso, coklat cair dan segelas susu penuh.
Café Bombón
Ia sangat popular di Sepanyol. Ia merupakan minuman espresso dihidangkan bersama susu pekat manis.
Café au Lait
Hidangan kopi yang popular di kalangan masyarakat Perancis. Sama ada kopi bold atau strong yang kebiasaannya dicampurkan pada sukatan 1:1 bersama susu.
Café Latte
Mengandungi susu yang distim dan espresso. Mengikut pada kepakaran pembuat kopi, adanya mempunyai buih susu pada bahagian atas.
Café Macchiato
Jenis kopi ini mengandungi espresso serta sedikit sukatan susu.
Cappucino
Ia pada asalnya adalah espresso dan susu. Cappucino mengandungi 1/3 espresso, 1/3 buih susu dan 1/3 susu panas.
Espresso
Minuman kopi yang sangat pekat dan pahit manis berasal dari Itali. Setiap shot espresso disediakan bergantung kepada permintaan pelanggan. Espresso juga digunakan bersama bahan-bahan lain untuk menyediakan jenis minuman kopi lain seperti Cappuccino.
Frappucino
Minuman kopi serbuk yang dijual oleh kedai kopi popular iaitu Starbucks. Frappuccino terdiri daripada kopi serbuk, ais dan pelbagai bahan-bahan yang biasanya dilapisi dengan whipped cream pada lapisan paling atas. Perkataan “Frappuccino” sebenarnya satu trademark oleh Starbucks, dan tidak boleh digunakan oleh vendor kopi yang lain.