Gambar : shutterstock
Terdapat banyak formulasi pencuci wajah minyak, dan kebiasaannya ia semua mengandungi campuran minyak botani seperti zaitun, bunga matahari, bijan, kesumba, badam dan grape seed. Ada juga yang mengandungi variasi ekstrak seperti ekstrak bunga melur atau teh hijau, serta Vitamin E dan C.
EH! kongsikan pencuci wajah minyak yang mengikut jenis kulit.
Untuk kulit berminyak
Guna pencuci wajah minyak yang mempunyai kandungan asid amino tinggi.
Untuk kulit kering
Kesemua pencuci wajah jenis ini yang mengandungi kandungan minyak botani adalah yang terbaik kerana ia membekalkan kelembapan kepada kulit.
Untuk kulit kombinasi
Minyak kesumba adalah yang terbaik kerana ia bisa membersih dan melembap sekali gus.
Untuk kulit sensitif
Cuba gunakan pencuci wajah minyak yang diperbuat daripada minyak zaitun yang tidak menyakitkan kulit.