Gambar : shutterstock
Sememangnya semua lelaki sukakan wanita yang punya bentuk tubuh yang langsing serta wajah yang cantik menawan. Tetapi sebenarnya ada lagi ciri-ciri penting di mata lelaki kala memilih seseorang wanita yang boleh menjadi teman setianya sampai bila-bila.
Wajah yang cantik tidak menjamin si jejaka kesukaan anda boleh kekal bersama anda selamanya. Berikut adalah ciri-ciri wanita yang lelaki tidak akan tinggalkan.
1. Boleh tampil cantik
Walaupun anda sudah cukup mengenalinya terlalu lama, sebaiknya biarlah menjaga penampilan anda di hadapannya agar sentiasa tampak cantik. Dan ini juga bermakna yang anda perlu menjaga kebersihan dan kecantikan diri setiap hari.
2. Wanita yang tahu menghargai diri sendiri
Boleh kata setiap lelaki mahukan pasangan hidupnya tahu dalam menghargai dirinya dan dari situ mereka akan ada keinginan untuk mengetahui bagaimana mereka menjaga dan menghargai diri mereka.
3. Wanita yang berdikari dan mempunyai pendapatan sendiri
Bagi lelaki, wanita yang tahu berdikari serta mempunyai pendapat dan falsafah diri itu lebih matang. Ia menunjukkan yang wanita itu tidak bergantung sepenuhnya pada kehidupan orang lain setiap masa.
4. Wanita yang punya semangat dalam mengejar impian
Pabila seseorang wanita yang sering dianggap lemah tetapi kemudiannya menunjukkan yang diri mereka ada semangat yang kuat untuk kejar apa yang dicita-citakan, jenis wanita sebegini selalunya lelaki pilih untuk dijadikan pasangan sehidup semati.
Sumber : Cosmopolitan.my